SELEPAS 48-JAM, ZAHID DAN ANWAR MASIH GAGAL LAPOR POLIS VIDEO PERBUALAN ‘PERJANJIAN...

SELEPAS 48-JAM, ZAHID DAN ANWAR MASIH GAGAL LAPOR POLIS VIDEO PERBUALAN ‘PERJANJIAN SULIT’

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli termasuk pemimpin UMNO jelas kecewa terhadap kegagalan Dato’ Sri Zahid Hamidi membuat laporan polis selepas tular perbualan ‘Perjanjian Sulit’ di antara beliau dan presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sebarang tindakan yang tidak dilakukan oleh Zahid seolah-olah perbualan berdurasi 4 minit 16 saat itu adalah benar, yang mana dilihat sebagai sebuah pengkhianatan besar terhadap kepercayaan parti dengan menjalin ‘pakatan senyap’ di sebalik tabir.

VIDEO tular di Facebook, audio suara yang dipercayai perbualan antara dua pemimpin besar iaitu Dato’ Sri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Sejak dahulu dan akhirnya menuju ke arah ini, beliau tampak tidak lagi meraih keyakinan parti meskipun pada peringkat akar umbi dengan desakan ramai pemimpin muda parti yang berbulat suara mahukan Zahid mengundur diri.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam, Mohd Faizal Mohd Said adalah yang pertama di antara yang bersuara lantang memberi kenyataan bahawa jawatan utama Zahid dalam parti “sudah menjadi liabiliti”.

“Desakan kami bukanlah satu perkara yang baru atau bersifat peribadi. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berhadapan tuduhan kes pecah amanah di makhamah memberikan kesan langsung kepada parti,” katanya.

Suzana Banoo Shaikh Shafiullah dan Mohd Faizal Mohd Said…

Faizal merenung ironi prestasi cemerlang menteri-menteri UMNO, tetapi secara kesuluruhan parti itu tetap berhadapan dengan masalah kepimpinan.

“Zahid patut mencontohi langkah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengundur diri sebagai presiden UMNO selepas kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU yang lalu,” beliau berkata.

Tambahnya, Najib bersikap lapang dada dan tidak mengheret parti bersama ke bawah dalam masalah peribadinya dan ini patut dicerminkan dalam diri Zahid demi kelangsungan parti.

“Saya serahkan kepada ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk membuat keputusan tentang hal (rakaman audio) ini…

“Beliau mungkin patut berehat dari menyandang jawatan Presiden parti supaya memberi ruang kepada perbicaraan kesnya,” beliau dia berkata lagi.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin pula berkata jika rakaman itu tulen maka segala yang dikatakan sama ada dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu pun Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) adalah sandiwara semata-mata.

Mohd Fuad Tukirin…

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang dan Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, menggemakan mesej yang sama iaitu untuk Zahid patut meletak jawatan bagi membuang tanggapan buruk tentang UMNO dalam kalangan rakyat.

Mohd Helmi Buang dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib…

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam, Suzana Banoo Shaikh Shafiullah menyokong juga tampil bersuara untuk Ahmad Zahid menarik diri dengan cara terhormat.

Katanya, proses pemilihan UMNO perlu diadakan dengan kadar segera supaya parti menerima mandat kepimpinan baharu menghadapi PRU15.

“Rakyat mahu melihat kepimpinan UMNO baharu mengetuai kerajaan pada masa hadapan dengan lebih relevan…

“Inilah suara anak muda. Kami mahukan sebuah kerajaan dipimpin seseorang yang tidak mempunyai kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.

Dalam pembelaan diri, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menafikan kaitan beliau dengan rakaman tular berkenaan.

Dia dan Anwar terus menafi kesahihan rakaman audio bocor tersebut dengan respon yang sama kononya kerjasama mereka sebuah “konspirasi kerajaan menjatuhkan UMNO”.

Anwar Ibrahim…

Anwar telah berkata bahawa kemarin (Rabu) bahawa beliau bakal membuat laporan polis, tetapi sehingga kini belum ada sebarang laporan yang dilakukan oleh Anwar ataupun pegawai yang mewakili pihaknya.

Setakat malam tadi, hanya Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Wan Muhammad Azri (dikenali sebagai Papa Azri atau pun Papa Gomo) sahaja yang tampil bagi mewakili kedua-dua pemimpin parti itu melakukan laporan polis.

Wan Muhammad Azri (dikenali sebagai Papa Azri atau pun Papa Gomo)…

Azri yang memuat satu kenyataan pada Facebook miliknya ‘Papa Azri’  menyatakan beliau melantik dirinya sebagai ‘pegawai sementara Presiden UMNO dan Presiden PKR’ bagi membuat laporan polis menafikan rakaman audio perbualan kedua-dua pemimpin itu.

Sumber foto dipetik daripada Facebook rasmi milik Papa Azri…

Laporan polis dibuat oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Wan Muhammad Azri (dikenali sebagai Papa Azri atau pun Papa Gomo) berhubung rakaman audio perbualan yang tular melibatkan pemimpin tertinggi Presiden UMNO dan Presiden PKR…(Sumber Foto; Facebook Papa Azri)

“Biar saya buat laporan demi mempertahankan maruah parti keramat UMNO,” katanya lagi dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya itu.

Dalam pada masa yang sama, Azri pada satu ucapannya secara langsung (live) yang dilakukan melalui Facebook miliknya malam tadi mengatakan laporan polis yang dibuatnya bertujuan untuk menggesa pihak Polis melakukan penyiasatan menyeluruh bagi mengenal pasti kesahihan dan ‘dalang’ yang memalsukan audio yang tular itu.