Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Kini Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran – Mayor KK

Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Kini Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran – Mayor KK

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Penguatkuasa bandar ini akhirnya memutuskan untuk membenarkan makan di dalam restoran (dine-in) selepas daerah Sandakan kelmarin (Sabtu) mendahului tindakan itu yang selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Sabah baru-baru ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalau Noorliza Awang Alip dalam satu kenyataan yang dipetik akhbar tempatan Daily Express hari ini berkata, pihaknya tidak akan bertindak untuk mengeluarkan sebarang kompaun kepada mana-mana premis makanan yang membenarkan ‘dine-in’.

Noorliza Awang Alip…

Tambah Noorliza, tanpa adanya operasi prosedur standard (SOP) yang dikemas kini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), SOP ketika ini adalah mengikut seperti yang terdahulu.

Selepas pengumuman Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesebuah negeri tidak sepatutnya membuat SOP sendiri tapi mengikut SOP yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

Kenyataan beliau tersebut telah menerima kecaman dari barisan menteri Sabah termasuklah pihak pembangkang, NGO dan masyarakat Sabah khususnya yang menggesa mereka di kerajaan Persekutuan untuk menghormati keputusan Ketua Menteri Sabah.

Namun hal tersebut seperti ‘jatuh kepada telinga yang pekak’ kerana sehingga kini tidak ada sebarang kata putus yang diberikan kepada negeri Sabah walaupun Kerajaan Negeri telah mengemukakan SOP baharu bagi Sabah kepada Kerajaan Pusat dan masih menunggu perwartaan SOP tersebut sejak 28 Jun yang lalu lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Lebih-lebih lagi pada 3 Julai, Ismail memberi ‘lampu hijau’ kepada LIMA (5) negeri tidak termasuk Sabah untuk terus ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin menyatakan pihaknya dan pihak penguatkuasa tempatan Sandakan hanya menurut perintah daripada kenyataan Ketua Menteri Sabah sahaja.