KAHERAH – Seluruh dunia menangisi pemergian ‘adik Rayan’ selepas Pejabat Raja Mohammed VI dari Maghribi dalam satu kenyataan pada malam Ahad mengesahkan seorang budak lelaki berusia lima tahun iaitu Rayan Oram, yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.
“Baginda Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa mendiang Rayyan, yang jatuh ke dalam perigi, dan mengucapkan takziah kepada mereka,” kata kenyataan itu.
Raja berkata bahawa dia mengikuti perkembangan keadaan dengan teliti dan mengeluarkan dekri kepada semua pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan untuk mengambil langkah menyelamatkan kanak-kanak itu.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada penyelamat.
Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter pada lima hari lalu di satu kawasan luar bandar yang terpencil kampung Ighrane di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.
Terdahulu pada hari Sabtu, pasukan penyelamat berjaya menarik mengeluarkan Ryan dari telaga selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.
Dia dibawa pergi oleh ambulans dan tiada sebarang tiada penjelasan dibuat oleh pihak penyelamat.
Perjalanan operasi itu rumit dengan rupa bumi yang berbatu, pasukan penyelamat terpaksa bertindak berhati-hati supaya tanah tidak runtuh. Semasa kerja, jengkaut (excavator) telah terlibat untuk membuat penggalian yang dalam bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat.
Menurut media Maghribi, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kepala.
Operasi menyelamat menarik banyak perhatian media tempatan dan antarabangsa dan benar-benar menyatukan dunia Arab. Malah media Algeria, yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Maghribi, menyeru pembaca mereka untuk berdoa untuk keselamatan kanak-kanak itu.
VIDEO saat akhir Al-Marhum Adik Rayan berjaya dikeluarkan dari perigi sedalam 33 meter…(KREDIT: SNRT News)