Seoarang Remaja Berputih Mata Selepas Meragut

Seoarang Remaja Berputih Mata Selepas Meragut

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berputih mata apabila dicekup orang ramai sejurus melakukan jenayah ragut di Jalan Puteri, Puchong dekat sini.

Memetik kenyataan portal online Bernama, dipetik sebagai berkata Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias bahawa suspek berusia 17 tahun yang meragut wanita berusia 40 tahun ditahan orang awam kira-kira 2.15 petang semalamselepas motosikal ditunggangnya terjatuh.

“Suspek yang meragut dompet wanita bertindak melarikan diri namun motosikal ditunggangnya terbabas lalu terjatuh sebelum dia ditahan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa pula mengalami kecederaan ringan di betis selepas terjatuh semasa cuba menyelamatkan dompetnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata siasatan awal mendapati remaja itu mempunyai rekod jenayah lampau, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun.