Seorang Lelaki Cedera Parah, Hidung Berdarah Dipukul Sekumpulan Lelaki

Seorang Lelaki Cedera Parah, Hidung Berdarah Dipukul Sekumpulan Lelaki

0
SHARE

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki terlihat mengalami cedera parah selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah yang disyaki berlaku di Pasir Gudang.

Kejadian lelaki tersebut dipukul telah tular di media sosial menerusi satu rakaman video berdurasi 2.42 saat.

Dalam rakaman video yang tular itu kelihatan lelaki yang menjadi mangsa pukul sudah longlai dan dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang bekerjasama memukulnya. 

Turut kelihatan hidung mangsa yang berbaju hitam dan seluar jeans hitam itu sudah berdarah teruk dan mangsa turut mengerang kesakitan namun tidak dipedulikan, malah teruk dibelasah.

Paparan video menunjukkan mangsa ditumbuk dan dibelasah beberapa kali pada bahagian muka, dada dan anggota lain.

Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan seorang wanita sebelum wanita itu memanggil rakan-rakan lelakinya untuk membelasah mangsa.

Turut disyaki, video rakaman yang tular itu dirakam oleh wanita terbabit.