Seorang Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Selepas Bedah Hidung Sendiri

Seorang Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Selepas Bedah Hidung Sendiri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SAO PAOLO, BRAZIL Seorang lelaki berakhir di bilik kecemasan pada minggu lalu, selepas cuba melakukan pembedahan hidung atau rhinoplasty pada dirinya sendiri, menggunakan tutorial YouTube dan gam pelekat, lapor Oddity Central.

Pelbagai jenis “Tutorial Do It Yourself (DIY)” boleh ditemui di YouTube ketika ini, termasuk pembedahan hidung.

Lelaki dari Sao Paolo ini dilapor cuba melakukan pembedahan hidungnya sendiri menggunakan video tersebut dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Campo Limpo selepas luka di hidungnya terkena jangkitan.

Lelaki itu memberitahu doktor dia tidak menggunakan sarung tangan melakukan prosedur terbabit dan tidak membersihkan luka kerana tidak mahu membuka jahitannya.

Menurutnya lagi dia menggunakan alkohol untuk membersih kuman di kawasan itu, dan anestetik veterinar untuk menghilangkan rasa sakit.