KOTA BELUD, SABAH – Seorang lelaki melecur di pergelangan kaki ketika menyelamatkan diri dari kebakaran sebuah rumah yang juga kilang pemprosesan keropok lekor di Kampung Kuala Abai sini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata mereka mendapat panggilan kecemasan terbabit pada jam 9.59 pagi tadi.
“Mangsa, Saidin Martin berumur 53 tahun.
“Seramai sembilan anggota bomba diketuai PBK II Thomas Bolu menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 50’x60’ dan kilang memproses keropok lekor jenis kekal berukuran 16’x20,” kata sumber Pusat Gerakan Operasi.






