LOMBOK TENGAH, INDONESIA – Seorang pemuda di sini menikahi dua wanita berstatus janda muda pada majlis yang sama.
Korik Akbar, 20, yang berasal dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia memaklumkan dia tidak pernah ada sebarang perancangan terhadap perkara ini sambil mengatakan “ini adalah jodoh”.
Memetik portal berita Suara.com, Korik menceritakan sekitar tahun 2011 dia telah menjalinkan hubungan bersama Khusnul Hotimah yang mana ketika itu berusia 20 tahun.
Lima tahun kemudian, dia berkenalan pula dengan Yun Nitanuri, 21, selepas wanita itu bercerai.
Kecewa dengan Korik yang dikatakan ‘curang’, maka Khusnul memutuskan hubungan lalu mengahwini calon pilihan ibu bapanya.
Perkara mengejutkan apabila baru-baru ini Khusnul menyedari bahawa Korik bakal menikahi Yun, dia (Khusnul) segera hadir ke majlis lengkap dalam persalinan pengantin dan minta dimadukan.
“Pengantin perempuan kedua (Khusnul) dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang lain…
“Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.
“Saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan situasi ini. Entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita.
“Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.





