Sesak Nafas Rumah Terbakar

Sesak Nafas Rumah Terbakar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita mengalami sesak nafas ketika rumah beliau di Taman Nelly, Inanam, sini, terbakar pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata rumah apartment berkeluasan 30×20 kaki pada tingkat 3 Blok C terbakar 70 peratus.

“Mangsa berumur 50an dikejarkan ke hospital menaiki jentera EMRS untuk mendapat rawatan selanjutnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran dan 2 pancutan dari sumber air jentera,” katanya.

Seramai 12 anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Lintas berjaya mengawal keadaan pada jam 4.54 petang.