KUALA LUMPUR – Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program Asasi dan Diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara ketika ini.
Bagaimanapun, menurut KPT universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.