Shebby Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Shebby Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

0
SHARE
Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia, petang tadi...

KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia, petang tadi akibat serangan jantung.

Menurut sumber, mendiang yang berusia 61 tahun itu difahamkan mengalami sesak nafas ketika sedang menjalankan aktiviti berbasikal di sekitar Sunway City, Iskandar Puteri.

Untuk rekod, Shebby yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selain itu, sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.