Simposium TVET Sabah 2.0 Fokus Ekosistem Latihan Bersepadu

Simposium TVET Sabah 2.0 Fokus Ekosistem Latihan Bersepadu

0
SHARE

KOTA KINABALU,: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah akan menganjurkan Sabah TVET Symposium 2.0 pada 9–10 Julai di The Magellan, Sutera Harbour, dengan tema “Sustainable TVET for Sabah’s Future Human Capital”.

Program dua hari ini dianjurkan bersama IDS Sabah, North Borneo University College (NBUC) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), bertujuan menyelaraskan ekosistem TVET negeri dengan keperluan industri semasa dan masa depan.

Lebih 300 peserta dijangka hadir, termasuk pendidik, penggubal dasar dan pemain industri.

Pengerusi penganjur, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, menegaskan bahawa TVET harus menjadi teras utama pembangunan masyarakat dan ekonomi luar bandar.

Antara penceramah utama termasuk Dr. Ramzah sendiri, Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim (MOSTI Sabah), Prof. Dr. Mohaizi Mohamad (NBUC), Dr. Azmi Ahmad (JPK), dan Dr. Hj. Shanusi Hj. Ahmad (UUM).

Lima subtema utama akan dibentangkan, termasuk pemodenan latihan, inklusiviti kemahiran, peranan TVET dalam inovasi, kerjasama pendidikan-industri dan adaptasi amalan global.

Yuran penyertaan RM300 (awam) dan RM100 (pelajar). Info dan pendaftaran di www.sabahtvet.nbuc.edu.my.