SINGAPURA – Negara Kota Singa kini di antara yang tertinggi divaksin di dunia dan akan melihat kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kesihatan.
Menteri Kesihatan Singapore, Ong Ye Kung di halaman Facebook beliau pada berkata 80 peratus (80%) penduduk mereka sudah lengkap dua dos.
“Ini bermakna Singapore mengambil satu langkah kehadapan dalam menjadikannya lebih kebal terhadap COVID-19,” katanya.
Sumber berita Reuters mengatakan Singapura bersama Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Chile dalam negara dengan kadar penduduk tertinggi divaksin.
Singapore memulakan kempen vaksinasi negara pada Januari tahun ini dibekalkan Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Pada awal bulan ini, Ong berkata jika Singapore mengekalkan kadar kes yang rendah maka negara itu akan membuka lebih banyak sekor ekonomi dan aktiviti sosial termasuk pelancongan tanpa kuarantin.
“Hidup kita akan kembali normal dan periuk nasi akan terjaga,” katanya.
Sebuah artikel Straits Times menggambarkan “normal” Ong sebagai membenarkan pesta perayaan Tahun Baru beramai-ramai serta kelancaran dalam sektor niaga negara.
“Penduduk yang mempunyai sijil vaksin dibenarkan melancong ke negara yang juga telah berjaya mengawal penularan virus itu…
“Mereka akan dikenakan ujian calitan sebelum berlepas ke negara asing dan jika hasil negatif maka mereka tidak perlu kuarantin diri apabila tiba di negara asing,” jelasnya.
Sehingga Sabtu lalu, Channel News Asia melaporkan 67,171 kes COVID-19 dan hanya 55 kematian di Singapura sejak pandemik COVID-19 mula menjejas dunia.