KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara menjulang Piala Merlion buat kali pertama selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.
Memetik laporan Berita Harian, kemenangan skuad Bawah 22 tahun di bawah pimpinan E Elavarasan pasti memberi suntikan motivasi dan semangat temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Kemboja, Mei ini.
Walau bagaimanapun, kesilapan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dalam dua perlawanan berturut-turut di kempen Piala Merlion ini sehingga membenarkan lawan mendapat gol seharusnya diberikan perhatian oleh barisan kejurulatihan skuad B-22.







