Speaker Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Hamzah

Speaker Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Hamzah

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

“Belum lagi (terima surat),” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Pada Ahad lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah tidak lagi memegang jawatan itu.

Menurutnya, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah diarahkan menghantar surat rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan kekosongan tersebut.