SPR Adakan Mesyuarat Khas PRN Sabah 17 Ogos Ini

SPR Adakan Mesyuarat Khas PRN Sabah 17 Ogos Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 akan diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat berkenaan akan berlangsung di The Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu, Sabah pada jam 9 pagi, dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

Ikmalrudin berkata mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan tarikh-tarikh penting urusan pilihan raya seperti Tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dalam PRN Sabah.

Dalam pada itu, persiapan lain yang diperlukan bagi melancarkan pilihan raya negeri tersebut juga akan dibincangkan.

Ikmalrudin turut memaklumkan secara ringkas bahawa satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu dilaksanakan.