STAR Keluar PN, Kekal Bersama GRS

STAR Keluar PN, Kekal Bersama GRS

0
SHARE
Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan parti itu telah meninggalkan Perikatan Nasional (PN) menurut laporan Buletin TV3 hari ini (Isnin).

Bagaimanapun, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sendiri dalam masa yang terdekat.

Star sebelum ini merupakan parti komponen PN, sebuah gabungan yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak Pilihan Raya Negeri ke-16 pada 2020.

Dengan meninggalkan PN, Star tetap menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Bersatu Sabah, PBS, SAPP dan Usno.

GRS kini menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.