KINABATANGAN, SABAH – Sepasang suami isteri maut bersama di ruang hadapan kenderaan Proton Saga FLX setelah bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Tongod dekat Kg Kiandungo, sini, kira-kira 7.30 malam semalam.
Mereka dikenali sebagai Pang Yen Mee, 27, dan Debora Batandung.
“Kedua-dua mangsa meninggal di lokasi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan PPgB Azlan Shah Jamalludin.
Seramai tujuh orang anggota Bomba dibantu agensi lain termasuk Polis, APM dan RELA digerak ke lokasi kejadian kira-kira 115 kilometer dari BBP Kinabatangan.
“Kedua mangsa di kenderaan Proton berjaya dikeluarkan oleh manakala lima orang mangsa dikenderaan Toyota tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pasukan Bomba bertindak menyerahkan mangsa kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Tiada maklumat 5 orang mangsa yang selamat,” katanya sambil menambha operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.21 malam.





