PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan dan menerima kunjungan daripada tokoh Universiti Al-Azhar, Mesir, Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri, Anwar berkata pertemuan terbabit diadakan bertempat di Seri Perdana, Putrajaya disamping turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Na’im Mokhtar.
Beliau berkata, mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar yang kini menempatkan 6,204 pelajar negara ini.
Selari dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk, ‘Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara’ ketika kunjungan itu, Perdana Menteri menekankan adalah menjadi misi pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan.