Suami Tipu Sertai Tabligh Kantoi Curang, Ceraikan Isteri Talak 3

Suami Tipu Sertai Tabligh Kantoi Curang, Ceraikan Isteri Talak 3

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial memaparkan seorang suami kantoi curang bersama wanita lain sehingga tergamak melafazkan cerai terhadap isterinya.

Menerusi hantaran tular dikongsikan semula di platform X, si suami memberi alasan mahu keluar menyertai tabligh selama tiga hari di Air Itam, Pulau Pinang, lapor OhMyMedia.

Si suami berkenaan juga meminta isterinya mendoakan dirinya selain memberitahu mahu mematikan telefon pintar kerana akan cuba belajar tawajjuh (tumpuan hati sepenuhnya kepada Allah).

“Saja la depa (kawan) dok ajak ajak B, jumpa kat masjid baru-baru ni. Mungkin Allah sayang kita, Allah hantar orang-orang baik mai ajak kita buat perkara yang baik,” maklumnya.

Bagaimanapun, perbuatan ‘keluar tabligh’ suaminya terbongkar apabila dia melihat lelaki itu keluar bersama wanita lain di sebuah bangunan.

Dalam video tular, dilihat lelaki yang dinikahi selama 2 tahun itu keluar berpimpin tangan dengan wanita berpakaian baju paras paha.

Difahamkan, ia bukan kali pertama berlaku dan lelaki tersebut telah berlaku curang sebanyak enam kali sepanjang perkahwinan mereka.

Namun, apa yang membangkitkan kemarahan ramai apabila lelaki itu dengan senangnya mempermainkan lafaz cerai terhadap isterinya iaitu sekejap talak tiga dan satu selepas kantoi berlaku curang.

Warganet juga marah apabila suami wanita itu bertindak menggunakan nama agama untuk berlaku curang dalam rumah tangga.