Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang seorang suspek penganggur berusia 29 tahun warga asing itu dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia melalui Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama, Tawau.
Katanya, tangkapan dan rampasan dilakukan anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau selepas menerima maklumat dan risikan yang dijalankan di kawasan berkenaan. “Pihak Polis dari Cawangan Khas bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau telah menerima maklumat dan menjalankan pemeriksaan ke atas barang seorang penumpang yang ingin menuju ke Sungai Aji Kuning melalui Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama.“Semasa pemeriksaan dibuat, pihak Polis telah menemui satu bekas termos air panas berwarna merah jambu mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 500.53 gram dalam sebuah bakul raga yang dipegang suspek semasa ditahan,” katanya.Hasil soal siasat awal mendapati, dadah yang dibekalkan dari luar Daerah Tawau untuk di bawa ke negara jiran dan sekiranya sampai akan di janjikan sejumlah wang tunai matawang asing. Jelasnya, suspek direman selama 7 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.