Tambahan e-Dompet RM100 Boleh Mula Ditebus Bermula 4 Disember

Tambahan e-Dompet RM100 Boleh Mula Ditebus Bermula 4 Disember

0
SHARE
Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

KUALA LUMPUR – Tambahan nilai e-dompet RM100 secara sekali bayar kepada semua rakyat rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini.

Memetik sumber Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata e-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu dengan kos RM1 bilion.

Katanya, tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari tahun depan melalui empat penyedia e-dompet, namun beliau tidak memperincikan empat platform berkenaan.

“Sepertimana saya umumkan semasa peluncuran Ekonomi MADANI, kerajaan akan melaksanakan program eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 ‘one-off’ kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember hingga 20 Februari 2024, membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Inisiatif tambahan kredit RM100 itu dibuat kerajaan susulan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.