Taufan Harvey; Selebriti Terkenal Hollywood Tampil Membantu Mangsa

Taufan Harvey; Selebriti Terkenal Hollywood Tampil Membantu Mangsa

0
SHARE
Sumber Foto: AFP

NEW YORK – Selebriti Hollywood diketuai aktres Sandra Bullock memberi sumbangan jutaan dolar kepada tabung bantuan selepas taufan Harvey membadai Houston.

Bullock, yang mempunyai rumah di Austin dan New Orleans, menyumbangkan AS$1 juta (RM4.27 juta) menerusi Palang Merah Amerika, kata pertubuhan itu.

“Saya gembira dapat memberi sumbangan,” kata pelakon itu dalam kenyataan.

Sementara itu, Khloe Kardashian berkata, keluarganya menderma AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada pertubuhan itu dan Salvation Army.

Ia sebagai reaksi kepada cabaran pelawak Kevin Hart, yang menyumbangkan AS$25,000 (RM106,000) dan menamakan selebriti yang digesa mengikut jejaknya.

Bintang pop, Jennifer Lopez dan teman lelakinya, Alex Rodriguez, masing-masing memberi sumbangan AS$25,000 (RM106,000).

Sementara itu, pihak berkuasa berkata 33 dipercayai maut secara langsung atau tidak langsung disebabkan bencana itu.

Sekurang-kurangnya 10 orang disahkan terbunuh di beberapa mukim di tenggara Texas dengan 23 lagi kematian ada kaitan dengan Harvey, kata jurucakap pejabat Pemeriksaan Kesihatan Daerah Harris, Tricia Bentley.