Teraju Beri Taklimat Kepada Ketua Menteri Mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera

Teraju Beri Taklimat Kepada Ketua Menteri Mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera

0
SHARE
Hajiji
Md Slimi (kiri) dan Hajiji bergambar bersama garis panduan TPB2030 di Pejabat Ketua Menteri ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menjayakan program inisiatif pembangunan Bumiputera di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Teraju diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Md Silmi Abd Rahman di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, Md Silmi memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030).

TPB 2030 adalah pelan hala tuju 10 tahun yang menggariskan strategi dengan nyata serta program dan inisiatif pembangunan terperinci untuk menyampaikan impak yang boleh diukur untuk Bumiputera.

TPB2030 adalah kesinambungan dasar dan rancangan Bumiputera yang terdahulu dengan matlamat memperkasa ekonomi Bumiputera untuk memastikan kemampanan dan ekuiti, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) agar tiada rakyat bumiputera yang ketinggalan.

Turut dalam delegasi ialah Pengarah Samsulkamar Mohamad Ali, Pengarah Bersekutu Noorezly Aimy Mohd Noor dan Muhammad Hilmi Abd Adzis serta Ketua Program (Sabah) Md Redzuan Rahman.