MELAKA – Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berkuatkuasa serta-merta sebentar tadi.
Menurutnya, perkara itu telah diputuskan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dalam sesi sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini (Selasa).
“Sehubungan dengan itu, Yang Dipertua Negeri membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14,” katanya.
VIDEO PENUH: Sidang Media Khas Bersama YB Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkenaan pembubaran DUN Melaka hari ini (5 Okt)…
Terdahulu pada Isnin (4 Okt), EMPAT (4) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan itu mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat (4) orang ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
