KOTA BELUD, SABAH – Seorang lelaki berusia 25 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Kota Belud selepas lengan kanannya tertusuk panah ketika menangkap ikan pada Khamis.
Namun demikian, pihak hospital memanggil bantuan daripada pihak bomba pada pukul 11.59 malam bagi mengeluarkan mata anak panah.
Sepasukan tiga anggota Balai Bomba Kota Belud diketuai Pegawai Operasi Hawie Liun bertindak ke lokasi dalam jentera EMRS.
“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi kemudian tamat pada jam 12.33 pagi.





