KUALA LUMPUR – Seramai 249 kanak-kanak dan remaja yang berusia antara 10 hingga 17 tahun yang berpeleseran di sekitar KLCC ditahan dalam Op Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, malam tadi.
Operasi yang bermula kira-kira 3 petang, Sabtu, dan berakhir kira-kira 10 malam itu, membabitkan empat pegawai dan 70 anggota dari IPD Dang Wangi.
“Operasi ini akan diteruskan dan diperluaskan ke kawasan lain dalam Daerah Dang Wangi terutama di Bukit Bintang kerana kawasan itu turut menjadi tumpuan pelancong,” katanya.
Mohd Sukri berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada mereka ini menganggotai kumpulan berideologi punk, skinhead dan raver.
“Tujuan kita melakukan operasi ini adalah kerana mahu wujudkan suasana aman apatah lagi dengan temasya Sukan SEA, minggu depan.
“Saya juga menyeru supaya remaja ini menjaga tingkah laku serta menghormati orang lain,” katanya.
Katanya, semua remaja dan kanak-kanak terbabit dibawa ke IPD Dang Wangi bagi tujuan dokumentasi dan ujian air kencing.
“Semakan akan turut dibuat bagi mengenal pasti sama ada di antara mereka terbabit dengan kegiatan jenayah sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing,” katanya.





