Tiada Pengrekrutan Pengganas Sulu Di Lahad Datu

Tiada Pengrekrutan Pengganas Sulu Di Lahad Datu

0
SHARE
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah...

KOTA KINABALU, SABAH – Siasatan dan risikan Polis Diraja Malaysia Sabah (PDRM) mengesahkan bahawa tidak wujud kumpulan waris yang kononnya merekrut rakyat warganegara Filipina berketurunan Sulu di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, PDRM Sabah memandang serius dakwaan tersebut yang tular di media sosial dan merujuk kepada kawasan Lahad Datu.

“Walaubagaimanapun, pihak Polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.

“Kumpulan ini merupakan orang perseorangan yang bertindak mengambil kesempatan atas tujuan keuntungan peribadi.

“Sehubungan itu, PDRM Sabah menegaskan kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.