KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 249 kes baharu direkodkan hari ini iaitu peningkatan 11 kes berbanding semalam.
Sepuluh (10) daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dan 9 daerah mencatatkan penurunan.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, enam daerah mencatatkan kes baharu dua angka dan 14 daerah pula merekodkan jangkitan satu angka.
Tujuh (7) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.
“Tiga (3) daerah merekodkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu 96 kes (+31), Papar 23 kes (+11) dan Tuaran 27 kes (+7), manakala 5 daerah merekodkan penurunan angka jangkitan yang signifikan iaitu Lahad Datu 9 kes (-14), Penampang 13 kes (-9), Tambunan 3 kes (-8), Putatan 3 kes (-6) dan Kota Belud 0 kes (-6)…
“Secara kesimpulan, peningkatan kes di Kota Kinabalu (+31) mempengaruhi peningkatan angka keseluruhan kes baharu Negeri Sabah,” ulas beliau dalam rumusan hari ini.
Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan empat (4) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 96 (65)
Sandakan 31 (27)
Tuaran 27 (20)
Papar 23 (12)
Penampang 13 (22)
Tawau 12 (8)
Lahad Datu 9 (23)
Keningau 6 (6)
Sipitang 5 (4)
Kuala Penyu 4 (1)
Beluran 3 (3)
Kota Marudu 3 (3)
Putatan 3 (9)
Tambunan 3 (11)
Tongod 3 (0)
Kinabatangan 2 (0)
Kudat 2 (6)
Tenom 2 (2)
Kunak 1 (1)
Nabawan 1 (0)
Beaufort 0 (3)
Kalabakan 0 (2)
Kota Belud 0 (6)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (4)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)