Tiga Kedai, Dua Homestay, Satu Blok Rumah Sewa Musnah Terbakar di Kundasang

Tiga Kedai, Dua Homestay, Satu Blok Rumah Sewa Musnah Terbakar di Kundasang

0
SHARE

RANAU: Tiga buah kedai runcit, dua buah homestay, satu blok rumah sewa 11 pintu dan satu stor penyimpanan barang runcit musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Pekan Kundasang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.37 malam.

Katanya, seramai 15 anggota bomba dari BBP Ranau bersama agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity dikejarkan ke lokasi sejauh 18 kilometer.

“Lapor kebakaran melibatkan tiga buah kedai runcit, dua buah Homestay, satu blok Rumah Sewa 11 pintu dan satu buah stor penyimpanan barang runcit jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 900 kaki 3 pancutan dan salur bantu mula sumber air dari jentera dan pili bomba.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.52 pagi tadi.