
KENINGAU: Tiga rumah dua tingkat di Kampung Ria, Jalan Dangulad, sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Seramai 21 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau sampai ke lokasi dalam masa 3 minit sejurus menerima panggilan kecemasa 1.55 pagi itu.
“Setibanya di lokasi, kejadian kebakaran melibatkan 3 buah rumah terbakar 100 peratus.
“Tiada mangsa terlibat dan operasi berjaya dikawal pada jam 2.35 pagi” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Pada kira-kira 8 pagi, BBP Keningau sekali lagi menerima panggilan kecemasan, kali ini berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan pada Ahad.
Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui orang awam dilokasi mangsa disedari hilang.
“Seterusnya pasukan Bomba menyerah mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber yang sama sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 8.57 pagi.





