Tindakan Drastik Diambil Oleh Kerajaan Arab Saudi Dalam Mengekang Penularan Wabak COVID-19

Tindakan Drastik Diambil Oleh Kerajaan Arab Saudi Dalam Mengekang Penularan Wabak COVID-19

0
SHARE

RIYADH, ARAB SAUDI – Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan hari ini memberikan amaran kepada rakyatnya agar mematuhi perintah larangan semasa penularan wabak COVID-19 terutamanya ketika sambutan pertengahan Ramadhan ini.

Orang ramai diingatkan untuk mengelakkan perjumpaan besar-besaran dan mengikut garis panduan penting membendung coronavirus, termasuk amalan penjarakan sosial.

Memetik laporan BH Online, Kementerian Dalam Negeri dan Kesihatan berulang kali mengingatkan warga Arab Saudi mengenai bahana mengabaikan prosedur keselamatan dan berikrar mengambil ‘tindakan drastik’ melakukan apa saja untuk mengekang penularan wabak.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan 958 kes baharu hari ini, 1,047 kes pulih dengan 13 kematian.

Dengan mengambil kira kes hari ini, jumlah keseluruhan kes meningkat menjadi 413,174 kes, dengan 396,604 kes sembuh dan 6913 kematian.

Riyadh terus merekodkan jumlah kes tertinggi, dengan 364 kes baharu direkodkan hari ini diikuti Makkah dengan 234 kes dan Wilayah Timur dengan 145 kes.

Wilayah yang melaporkan jumlah kes baharu terendah adalah Najran dengan 10 kes, Jouf (lapan) dan Baha dengan tujuh kes.