KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya bakal mencari ikhtiar ‘win-win’ untuk menyelesaikan krisis politik di Sabah, ketika ini.
Menurutnya, satu pertemuan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor malam ini.
“Pada malam ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah.
“Permasalahan politik di Sabah ini, Insya Allah akan membincangkan dari hati ke hati dan kita akan berikhtiar supaya ‘win-win’ akan dicapai dalam perundingan nanti.
“Insya Allah, selepas pertemuan itu nanti saya yakin Datuk Seri Anwar akan bertemu dengan saudara-saudari (pengamal media) bagi menyatakan apakah keputusan yang akan dibuat dalam pertemuan yang akan dibuat nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi pertemuan yang diadakan pihaknya, malam ini.