TPM I Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Rasmi

TPM I Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Rasmi

0
SHARE
Zahid
Zahid (tengah) tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan rasmi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri l, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan rasmi.

Beliau yang diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) menggunakan pesawat khas pada jam 7.40 malam, semalam.

Hadir menyambut ketibaan beliau ialah wakil Ketua Menteri, Datuk Dr Mohd Ariffin Arif, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Ahmad Zahid dijadual menghadiri Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Krismas di Dewan Terbuka Kadamaian Square, Taginambur, Kota Belud, hari ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH