
KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof selesai mengadakan lawatan rasmi dua hari di Sabah dan berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDA) sempat melawat beberapa projek-projek pembangunan KPTDA antaranya Loji Rawatan Air Telibong Fasa II, Projek PPU Gudon Sepanggar dan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog (Pakej 3).
Turut mengiringi keberangkatan Fadillah di KKIA Terminal 2 ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Juri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.





