TPM Jadi Mangsa Sekali Lagi

TPM Jadi Mangsa Sekali Lagi

0
SHARE
Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu.

Memetik sumber Bernama, menerusi hantaran ringkas di FB rasminya, beliau berkata, ia akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, berkata aduan telah dibuat kepada pihak FB untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu terbabit.

Pemeriksaan di FB ‘Haji Fadillah Yusuf’ mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 rakan dengan ‘posting’ pertama pada 12 November lalu yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.

Pada 20 November lalu, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta FB palsu.