
SANDAKAN, SABAH – Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 10.10 pagi Ahad.
Hadir menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sandakan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ahli-ahli serta parti komponen BN.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan merasmikan Konvensyen BN Sabah dan Perhimpunan BN Sabah sempena Sambutan Jubli Emas BN Ke-50 di Dewan SMJK Tiong Hua, Sandakan pada jam 1.30 petang ini.
Turut serta dalam rombongannya ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambri Abd Kadir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin. — JABATAN PENERANGAN SABAH