Trend ‘Yo-Yo’ Kembali Selepas Sabah Catat Peningkatan Kepada 500 Kes COVID-19 Hari...

Trend ‘Yo-Yo’ Kembali Selepas Sabah Catat Peningkatan Kepada 500 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 Sabah kembali meningkat dengan catatan 500 kes hari ini iaitu tambahan 58 kes berbanding angka kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, trend ‘yo-yo’ ini dijangka berterusan untuk beberapa waktu dengan kadar keboleh jangkitan COVID-19 atau ‘R0’ bagi Sabah buat masa ini ialah 0.98.

“Kota Kinabalu kembali menduduki tempat teratas sebagai penyumbang terbanyak kes baharu dengan 99 kes, tambahan 57 kes berbanding sebelumnya…

“Walaubagaimanapun, 95 daripada kes di Kota Kinabalu merupakan kes daftar-lewat dua (2) hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui. Cuma empat (4) kes Kota Kinabalu berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Antara daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Tuaran, Penampang, Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu.

Namun itu, empat (4) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Telupid, Lahad Datu, Tongod dan Kalabakan.

Kinabatangan mencatatkan penurunan jumlah kes yang besar (-30). Tidak ada kes baharu di empat (4) daerah iaitu Telupid, Lahad Datu, Tongod dan Kalabakan.

Masidi berkata sebanyak 224 kes ataupun 44 peratus (44.8%) daripada keseluruhan 500 kes hari ini adalah kes daftar lewat dua (2) hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

“Selebihnya, iaitu 276 kes ataupun 55 peratus (55.2%) adalah kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu…

“Lebih 98 peratus (98%) daripada kes hari ini adalah kes yang dianggap ringan, yakni dalam Kategori 1 dan 2.

“Pesakit dalam Kategori 3 cuma seorang, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5. Lima (5) kes lagi masih dalam siasatan lanjut,” jelasnya.

Menurutnya, satu kajian yang dibuat oleh Institut Kesihatan Malaysia menununjukkan dos penggalak (booster dose) meningkatkan perlindungan diri daripada jangkitan COVID-19.

“Semua penduduk yang berusia 40 tahun atau lebih diingatkan sekali lagi untuk memperolehi dos penggalak 6 bulan selepas dos kedua Pfizer dan 3 bulan selepas dos kedua Sinovac,” ujarnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 99 (42)
Tuaran – 70 (46)
Kota Belud – 53 (54)
Ranau – 48 (51)
Tenom – 33 (26)
Papar – 28 (21)
Penampang – 24 (15)
Beaufort – 21 (15)
Kota Marudu – 19 (20)
Sandakan – 15 (8)
Tawau – 15 (8)
Kuala Penyu – 14 (6)
Keningau – 14 (18)
Kudat – 10 (3)
Tambunan – 9 (8)
Sipitang – 7 (15)
Kinabatangan – 6 (36)
Putatan – 5 (15)
Beluran – 3 (8)
Kunak – 2 (3)
Nabawan – 2 (0)
Pitas – 2 (3)
Semporna – 1 (2)
Telupid – 0 (5)
Lahad Datu – 0 (12)
Tongod – 0 (2)
Kalabakan – 0 (1)