Trump Dan Isterinya Sudah Divaksinasi Sebelum Tinggalkan ‘Rumah Putih’

Trump Dan Isterinya Sudah Divaksinasi Sebelum Tinggalkan ‘Rumah Putih’

0
SHARE
Donald Trump...

WASHINGTON – Donald Trump dan isterinya, Melania sudah divaksinasi pada Januari lalu, sebelum meninggalkan Rumah Putih (White House), kata penasihat kepada bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu, semalam.

Bagaimanapun, penasihatnya tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung kenyataannya itu.

Joe Biden yang mengambil alih kerusi Presiden AS pada 20 Januari lalu menerima suntikan vaksin COVID-19 secara terbuka pada 21 Disember lalu.

Joe Biden…

Bagaimanapun, Trump tidak pernah mendedahkan beliau sudah divaksinasi sebelum ini.

Memetik laporan AFP, Trump dalam ucapan pertamanya selepas meninggalkan Rumah Putih pada Ahad lalu, berkata semua rakyat perlu divaksinasi bagi memerangi penularan COVID-19 yang mengakibatkan lebih 500,000 kematian di seluruh AS.

Sebilangan penyokong Trump menyuarakan keraguan mengenai saranan kerajaan supaya rakyat mengambil vaksinasi.

Sebelum ini, Trump disahkan positif COVID-19 pada awal Oktober lalu dan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari di pinggir bandar Washington.

Trump turut mencetuskan pelbagai kontroversi dan menerima pelbagai kritikan serta laporan buruk media kerana didakwa gagal menguruskan pandemik COVID-19 di AS.