TUDM Labuan Bersiap Sedia Selepas Kesan 16 Buah Pesawat PLAAF Masuk Ruang...

TUDM Labuan Bersiap Sedia Selepas Kesan 16 Buah Pesawat PLAAF Masuk Ruang Udara Sabah

0
SHARE
Gambar sebenar LUYSHIN LL-76 yang dipintas oleh pesawat TUDM...

KOTA KINABALU, SABAH – Pangkalan Udara Labuan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga selepas mengesan sebanyak 16 buah pesawat Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Kota Kinabalu pada Isnin.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 9.53 pagi.

Satu kenyataan media oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM berkata pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.

“Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar…

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore sebelum memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak,” katanya.

Gambar sebenar XIAN Y-20 yang dipintas oleh pesawat TUDM…

TUDM mengkhuatiri aktiviti tersebut akan mengancam kedaulatan negara dan terus mengerahkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron.

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu.

Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 11.33 pagi untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20…

Gambar sebenar LUYSHIN LL-76 yang dipintas oleh pesawat TUDM…
Gambar sebenar XIAN Y-20 yang dipintas oleh pesawat TUDM…

“Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

“Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan Kota Kinabalu.

“Insiden ini telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN),” kata sumber.

Tambahnya, Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.