TULAR: PEGUAM BERHATI MULIA TERIMA ‘KETAM HIDUP’ SEBAGAI GANTI BAYARAN KHIDMAT GUAMAN

TULAR: PEGUAM BERHATI MULIA TERIMA ‘KETAM HIDUP’ SEBAGAI GANTI BAYARAN KHIDMAT GUAMAN

0
SHARE
Peguam Noel Allen Bose berkongsi gambarnya di hadapan mahkamah dengan memegang 'ketam hidup' sebagai upah atas khidmat guaman yang telah diberikan olehnya...

SORSOGON CITY, FILIPINA – Seorang peguam di sini menjadi tular kerana pelanggan membayar dengan cara yang ‘unik’ atas khidmat guaman yang telah diberikan olehnya.

Peguam Noel Allen Bose berkongsi gambarnya di hadapan mahkamah dengan memegang ‘ketam hidup’ sebagai upah atau bayaran yang dibuat secara ‘unik’ oleh pelanggannya yang sah.

Menurut sumber, perkara ini berlaku kerana pelanggannya tidak mampu untuk membayar kos khidmat guamannya.

“Bose, Saya tidak mempunyai pembayaran pendahuluan. Bolehkah saya bayar kemudian?,” kata pelanggannya.

Tindakan pelanggannya itu membuatkan Bose terdiam tanpa sebarang kata terungkap daripada mulutnya ketika mengambil upah ‘ketam hidup’ tersebut sebagai ganti bayaran khidmat guamannya.

Menurut Bose, dia sangat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negaranya yang kebanyakannya dari golongan miskin.

Dalam pada itu, netizen berkata; “Tuhan memberkati hati anda yang baik”, sebagai tanda memuji tindakan dan sikap Peguam yang baik hati itu.

Ia kelihatan lebih mahal apabila anda membelinya, hahaha,” kata netizen lain yang bergurau terhadap Peguam itu.

Lebih daripada apa-apa..tak ada yang lebih baik daripada perasaan yang diberikan kepada pelanggan kerana Atty memahami keadaannya, komen pengguna Facebook lain sebagai respon pujian terhadap Bose.