TULAR VIDEO KES SAMUN, POLIS KINI BURU SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATAKAN KAYU BESBOL

TULAR VIDEO KES SAMUN, POLIS KINI BURU SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATAKAN KAYU BESBOL

0
SHARE

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman video sejak semalam menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol telah menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras.

Berdasarkan laporan dibuat seorang pengawal keselamatan premis terbabit pada 9.35 pagi Sabtu berhubung kejadian seperti dalam video itu, pihak polis kini sedang memburu sekumpulan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan yang dipetik Utusan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi apabila pengadu sedang bekerja di premis berkenaan tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol.

Menurut beliau, suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000.

“Suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora…

“Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

 

 

 

 

Rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol telah menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras…

Bagaimanapun, menurut Mohd. Zaid, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini.

Suuslan itu, pihaknya kini mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.