Pemberian Tanah Kepada Penduduk Keningau Oleh Shafie Ibarat “Lembu Punya Susu Sapi...

Pemberian Tanah Kepada Penduduk Keningau Oleh Shafie Ibarat “Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama”

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Pemberian geran tanah kepada penduduk Kampung di Keningau Sabah, oleh Shafie Apdal sebenarnya adalah atas inisiatif program PANTAS yang telah diilhamkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman sejak tahun 2011 lagi.

Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam kenyataan yang dihantar kepada sabahnews.com.my menyatakan Shafie Apdal jangan cuba tunjuk ‘HERO’ kononnya dia adalah pejuang kepada rakyat Sabah.

Shafie menyerahkan geran tanah kepada penduduk Sook di Keningau…(Foto ihsan daripada Daily Ekspress)

BEBAS berkata “kami terpaksa tampil bersuara kerana kenyataan Shafie mutakhir ini dilihat cuba memperbodohkan rakyat Sabah kononnya pemberian geran tanah kepada penduduk asal di Sabah kerana memahami denyut nadi rakyat.”

“Kami ingin ingatkan Shafie di sini, dosa Shafie kepada rakyat terlalu banyak dan rakyat Sabah sesekali tidak akan memaafkannya.”

“Cukuplah penderitaan rakyat dibiarkan bersendirian mengharungi PKP dan ianya masih segar dalam ingatan rakyat Sabah, justeru mengalih isu untuk tunjuk sebagai ‘HERO’ baik simpan dalam bakul tong sampah sahaja.”

Shafie memohon maaf gagal menyalurkan bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah…(Foto ihsan portal media tempatan)

Isu pemberian tanah kepada peneroka di Bagahak amat dialu-alukan dan dalam masa yang sama Shafie sepatutnya memberikan wang saman yang dimenangi ke atas Christina Liew sebanyak RM557 juta dan bukannya melengahkannya.

Mahkamah memerintahkan Christina Liew Timbalan Ketua Menteri Sabah untuk membayar RM557 juta kepada peneroka ladang Bagahak… (Foto ihsan daripada Daily Express)

“Shafie sepatutnya desak Christina Liew untuk membayar Saman tersebut, kemudian serahkan wang tersebut kepada rakyat dan selebihnya kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah).”

“Rakyat Sabah bukan bodoh seperti yang difikirkan oleh Shafie.”

BEBAS berkata lagi “kes tanah di Keningau pula fakta yang sebenarnya adalah sebelum geran penduduk asal berjaya dikeluarkan oleh Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU), Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) telah diwujudkan dan dilaksanakan sejak 2011 dan faktanya ini adalah di atas inisiatif Tan Sri Musa Aman dan kerajaan terdahulu.”

Tujuan PANTAS diwujudkan pula adalah untuk mempercepatkan proses menyukat tanah bagi mempermudahkan urusan pengeluaran geran tanah kepada penduduk asal termasuklah mereka yang menerima geran tanah di Keningau baru-baru ini.

Sehingga akhir tahun 2017 melalui kerajaan terdahulu telah menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas hampir 36,137 hektar sehingga akhir tahun lalu dan membabitkan sebanyak 21,378 lot tanah di 92 kampung di 16 daerah seluruh negeri Sabah.

Petikan berita online Musa menyerahkan geran kepada 1,000 orang penduduk melalui program PANTAS…

Bekas Pengarah JTU, Datuk Safar Untong sendiri telah mengesahkan perkara ini, malahan Madius Tangau (Bekas MP BN) turut sama memuji inisiatif program PANTAS yang telah menyelesaikan kesukaran penduduk kampung memohon tanah melalui saluran biasa, terutamanya berkaitan aspek peraturan kecerunan tanah yang menyebabkan banyak permohonan di kawasan ini ditolak kerana kedudukannya di kawasan berbukit dan bercerun.

Kenyataan bekas Pengarah JTU Datuk Safar Untong turut mengesahkan manfaat program PANTAS yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa Aman…
Kenyataan bekas Pengarah JTU Datuk Safar Untong turut mengesahkan manfaat program PANTAS yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa Aman…
Kenyataan Madius Tangau (Bekas MP BN) yang turut sama memuji inisiatif program PANTAS yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa Aman…

Kawasan yang terlibat melalui program PANTAS kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang, Semporna termasuk Keningau.

Untuk rekod Tan Sri Musa Aman sendiri telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah untuk menyegerakan kajian dan mengeluarkan hak milik ke atas Tanah Adat Pribumi sejak tahun 2011.

Buktinya pada 6 Mac 2018 yang lalu Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu).

Foto Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) pada 6 Mac 2018 yang lalu…

Petikan berita online Musa menyerahkan geran kepada 1,000 orang penduduk melalui program PANTAS…

Atas inisiatif Musa, Kerajaan Persekutuan sebelum ini juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Bajet 2018 untuk membantu program PANTAS ini berjaya menyukat tanah yang berbaki di seluruh Sabah.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM20 juta membantu program PANTAS…

“Shafie sebenarnya hanya menumpang nama dari hasil penat lelah kerajaan terdahulu sehingga mendapat gelaran tukang rasmi projek.”

“Sepanjang dua (2) tahun Shafie mengetuai negeri Sabah tidak ada satu pun pembangunan yang berjaya dibangunkan di Sabah sebaliknya rakyat sendiri dapat melihat kerosakan bersilih ganti terus menimpa Sabah.”

“Tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran Ketua Menteri sebelum ini, terdapat puluhan perkampungan melibatkan ratusan rumah setinggan telah terbakar sehingga menyebabkan kerugian harta benda yang banyak malahan wujud dakwaan kebanyakkan perkampungan yang terbakar membabitkan warga Filipina. Kes daripada aktiviti bom ikan turut meningkat dengan mendadak di Sabah yang turut sama dilakukan oleh warga Filipina sehingga menyebabkan kejadian pelancong maut akibat aktiviti bom ikan tersebut di Semporna dan juga di Kota Kinabalu.

Sumber foto dipetik daripada portal berita Bernama…
Sumber foto dipetik daripada portal berita Bernama…
Warga Filipina maut terkena bom ikan…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)
Sumber foto dipetik daripada NST…
Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …
Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …

“Ditambah lagi dengan pelancong luar yang melabelkan Semporna sebagai daerah terkotor di Malaysia, melantik Timbalan Ketua Menteri dan beberapa individu penjawat awam dan syarikat milik kerajaan yang berjawatan tinggi dari Semporna serta banyak lagi yang tidak akan mampu dinyatakan di sini.”

Pada November 2018 yang lalu, seorang pelancong luar negara telah memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang mengelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia…

“Justeru, cara untuk mengajar Shafie adalah melalui pilihan raya, kami sangat percaya rakyat Sabah akan menghukum Shafie kelak dan dalam masa yang sama berharap agar rayuan kesahan Ketua Menteri Sabah pada bulan Ogos ini berpihak kepada Musa.”

Dalam pada itu, Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) turut menyelar Shafie Apdal kerana berterusan menyerang Tan Sri Musa Aman.

Sepatutnya Shafie fokus kepada membantu rakyat Sabah dan berhenti menyalahkan orang lain.

GASA berkata lagi “baru-baru ini Shafie turut memfitnah Musa kononnya telah memberikan tanah kepada individu tertentu berjumlah puluhan ribu ekar, sebaliknya ini hanya dilihat untuk mengalihkan isu kepada kerja-kerja pembalakan yang semakin tidak terkawal di Sabah.”

Sumber foto dipetik daripada Facebook Bantahan Pembalakan Di Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook Bantahan Pembalakan Di Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook Bantahan Pembalakan Di Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook Bantahan Pembalakan Di Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook Bantahan Pembalakan Di Sabah…

“Kami faham Shafie mungkin agak tertekan dan susah hati sebab orang kanan kepada Shafie iaitu Peter Anthony telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah, tetapi menyerang Musa bukanlah solusi kepada isu ini, sebaliknya Shafie dinasihatkan untuk mengadakan solat hajat serta perbanyakkan bertaubat mudah-mudahan masalah ini dapat diselesaikan,” tambah GASA.