Berlaku Gempa Bumi Lemah Di Beluran – Met Malaysia

Berlaku Gempa Bumi Lemah Di Beluran – Met Malaysia

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BELURAN, SABAH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8.39 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan malam ini pada Facebook rasminya memaklumkan gempa itu berlaku dengan kekuatan magnitud 3.8.

Jarak gempa dilaporkan 47 kilometer dari timur Pitas dengan kedalaman tujuh kilometer.

MetMalaysia turut menyatakan, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya.

Setakat ini, MetMalaysia akan terus memantau keadaan terbabit.