TULAR VIDEO TREN LRT BERLANGGAR, RAMAI MANGSA CEDERA

TULAR VIDEO TREN LRT BERLANGGAR, RAMAI MANGSA CEDERA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Media sosial sebentar tadi dikejutkan dengan video tular berkenaan kejadian Transit Aliran Ringan (LRT) berlanggar sehingga menyebabkan ramai penumpang yang cedera.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku pada Isnin malam ini dipercayai berpunca daripada tren menekan brek secara mengejut.

Pihak polis turut memaklumkan seramai 166 orang cedera ringan manakala 47 orang lagi cedera parah dalam kejadian tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial yang jelas menunjukkan keadaan penumpang dalam tren selepas berlakunya perlanggaran tersebut…

Pihak pengendali LRT, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) turut mengesahkan insiden yang berlaku ini membabitkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya bernombor 40 dan 81.

“Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang berhadapan dengan satu insiden yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81…

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang ini. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 

 

 

 

 

 

Rakaman video menunjukkan semua mangsa mula diselamatkan dan dikeluarkan daripada tren…

Keadaan semasa semua mangsa yang cedera akibat daripada insiden perlanggaran itu…