Tun Juhar Lawat Muzium Polis Sabah

Tun Juhar Lawat Muzium Polis Sabah

0
SHARE
Juhar
Jauteh (kanan) mengiringi Tun Juhar melawat salah satu sudut pameran ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluangkan masa melawat Muzium Polis Diraja Malaysia Sabah.

Lawatan tersebut bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, semalam.

Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Selain barang kes Op Daulat, pameran disertai beberapa agensi kerajaan antaranya, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Arkib Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH