Tun Mahathir Mohon Maaf Tidak Patuh SOP, Sedia Terima Tindakan Undang-Undang

Tun Mahathir Mohon Maaf Tidak Patuh SOP, Sedia Terima Tindakan Undang-Undang

0
SHARE
Tun Dr Mahathir Mohamad...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir satu program di Langkawi, Kedah serta bersedia menerima tindakan mengikut undang-undang.

Memetik laporan Bernama, ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau dimaklumkan telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah pada majlis sumbangan hari raya kepada penduduk pada 8 Mei lepas.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa pun kerana ia dapat membantu membendung merebaknya wabak COVID-19.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.