Tze Yong Terkandas Di Suhu Akhir

Tze Yong Terkandas Di Suhu Akhir

0
SHARE
Ng Tze Yong...

KUALA LUMPUR – Cabaran Ng Tze Yong pada saingan Seluruh England berakhir selepas pemain perseorangan lelaki negara itu terkandas di suku akhir, awal pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian, selepas mencipta kejutan terbesar dengan menumbangkan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, kelmarin, Tze Yong gagal mengekalkan momentum itu apabila tewas di tangan pemain China, Li Shi Feng 11-21, 11-21 pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Kekalahan terbabit menyaksikan Tze Yong gagal menamatkan badi kekalahan di tangan Shi Feng yang menang semua tiga pertemuan sebelum ini.

Shi Feng akan bertemu pemain Denmark, Anders Antonsen yang mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-14, 9-21, 21-17.

Satu lagi aksi separuh akhir akan membabitkan pertemuan antara pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menentang Shi Yuqi dari China.

Terdahulu, Zii Jia mara selepas menewaskan Kodai Naraoka 21-9, 10-21, 21-13 manakala Yuqi menang ke atas rakan senegara, Weng Hong Yan 21-9, 21-16.