UCSF, MASTRA Jalin Kerjasama Kaji Kemajuan Sektor Maritim

UCSF, MASTRA Jalin Kerjasama Kaji Kemajuan Sektor Maritim

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tengah) menerima cenderamata daripada Murad (empat dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) menjalinkan kerjasama bagi membuat kajian untuk kemajuan sektor maritim.

Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengelola UCSF, Datuk Dr. Mohd Yaakub Johari berkata, kerjasama antara MASTRA dan UCSF melalui Pusat Pengajian Pembangunan Sabah (CDS) itu memfokuskan kepada pembangunan industri maritim di negeri ini.

“UCSF bekerjasama dengan pihak yang memang mempunyai kepakaran dalam industri maritim dari segi keselamatan.

“Daripada input-input kerjasama ini kita cuba bantu menyumbang kepada pembangunan kerajaan negeri melalui sektor Ekonomi Biru dalam agenda Sabah Maju Jaya.

“Di samping itu, kita juga membincangkan secara terperinci beberapa keperluan seperti mewujudkan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam industri maritim di Sabah kerana buat masa sekarang belum ada Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang maritim.

“Ini perlu bukan sahaja dari segi industri tetapi juga dalam aspek keselamatan yang juga perlu kita faham dari segi perundangan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Di samping itu, Yaakub memaklumkan hasil dapatan dan pemerhatian kajian akan disalurkan untuk pertimbangan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Hadir sama, Pengerusi MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Dr. Ir Murad Omar, Bendahari MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Ir Wan Othman Wan Abdul Rahman, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris dan Pengarah Eksekutif MYJ Tau System Sdn Bhd. — JABATAN PENERANGAN SABAH

SHARE
Previous article200 Pegawai ICT Sertai BECS2024
Next articleMAPENA 6 September Ini
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.