Umat Islam Boleh Ucap Selamat Hari Krismas – MUI

Umat Islam Boleh Ucap Selamat Hari Krismas – MUI

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Umat Islam di seluruh dunia boleh mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian yang meraikan perayaan itu, demikian menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bidang Dakwah, Cholil Nafis.

Jelas Cholil, hukum ucapan itu adalah dibolehkan kerana sekadar memberi penghormatan kepada masyarakat Kristian dan bukan mengakui agamanya.

Terdahulu, fatwa yang dikeluarkan oleh MUI pada 1981 telah mengharamkan umat Islam mengikuti upacara perayaan dan aktiviti Krismas, namun mengucapkan Selamat Hari Krismas tidak salah.

“Saya juga mempunyai saudara beragama Kristian, selain Indonesia juga mempunyai rakyat yang berbilang agama, maka sekadar mengucapkan sambutan tidak menimbulkan masalah…

“Namun, jika tiada kepentingan untuk mengucapkannya, tidak perlulah. Kita boleh pilih untuk ucapkan sambutan perayaan itu mahu pun tidak,” katanya.

Cholil juga memberitahu, sejumlah ulama di negara itu mempunyai pandangan berbeza mengenai ucapan Hari Krismas dan perkara itu tertakluk kepada fahaman masing-masing.

Terdahulu, MUI Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan Selamat Hari Krismas yang disifatkannya tidak sesuai dengan syariat Islam.